DEPRESSION WELLNESS PROJECT

“Whatever you decided to do, make sure it makes you happy”

PENGENALAN

Depression Wellness Project (DWP) ialah entiti bertaraf Enterprise Sosial yang tidak hanya fokus kepada keuntungan semata-mata. Ianya ialah satu projek khas berimpak besar kepada masyarakat yang tercetus daripada pengalaman pengendalian pusat rawatan komplimentari selama beberapa tahun dan pengalaman sendiri oleh kedua-dua pengasas dan pengasas bersama yang juga pernah menghidapi kemurungan. DWP tercetus untuk memecah sigma serta membuka mata dan minda masyarakat dalam masa yang sama memberikan bantuan yang diperlukan dalam proses rawatan dan penyembuhan secara alami atau penyembuhan diri sendiri (self-healing) dengan konsep holistik melalui kesejahteraan sosial.

HOLISTIC WELLNESS CENTER

FOCUSING ON SOCIAL ENHANCEMENT & WELLBEING

HALA TUJU KAMI

memberi kebahagian kepada setiap insan

VISI

Menyediakan satu ekosistem sokongan komuniti sehenti yang khusus untuk kemurungan dengan memberi tumpuan kepada peningkatan dan kesejahteraan sosial dalam masa yang sama mempromosikan penyembuhan diri dengan remedi semula jadi.

MISI

Membangunkan & memperkasakan komuniti dalam kesedaran kesihatan mental dikalangan rakyat Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak dan agensi berwajib.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perundingan percuma, rawatan, program & bengkel yang TIDAK direka untuk menjual produk tetapi untuk memberikan “VALUE” kepada orang orang ramai terutamanya yang mengalami kemurungan tetapi tidak berkemampuan. Memberi peluang kedua dengan menyemai kesejahteraan diri dan kehidupan

FAKTA

Menurut Kajian, 1 per 2 org di Malaysia mengalami tekanan perasaan. 1 per 5 mengalami Kemurungan. Kebanyakan orang yang mengalami masalah kemurungan, mereka mempunyai sikap malu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam kehidupan mereka, mereka tidak tahu bagaimana untuk meminta pertolongan, tidak tahu siapa yang boleh dipercayai, dan mempunyai keyakinan diri yang rendah, kadang kala ada juga diantara mereka yang mempunyai masalah kewangan, mereka takut jika mereka mengisytiharkan diri mereka kepada agensi kerajaan, ia akan menjejaskan kehidupan mereka, mereka mungkin kehilangan pekerjaan dan sebagainya

GOLONGAN SASAR

LATIHAN DAN SEMINAR

KORPORAT & SEKOLAH

Sekolah

Seminar motivasi & aktiviti interaktif yang menarik dan mendidik tentang kesihatan mental. Pilihan aktiviti dalam atau luar kawasan.

Korporat

Menyediakan konsep ruang kerja gembira dan sihat dikalangan pekerja dari sektor swasta hingga ke penjawat awam.

PRODUK DAN SERVIS

Survivor Kit

Essential Oil dan Refreshing Spray membantu memberikanefek ketenangan segera dengan pengunaan aromaterapi

Terapi Mandian

Kaedah hydro terapi ais atau terapi air sejuk sangat mujarab terhadap kesihatan emosi & spiritual

Servis Lain

Konsultasi, Akupuntur, Bekam, Urutan, Guasa.

PERANCANGAN TAHUN

2020

USAHA DAN SASARAN

 

BANTU KAMI UNTUK CAPAI RM300K

Bantuan anda mampu memberi senyuman kepada lebih ramai orang di luar sana.

  • Facebook
  • Instagram

Copyright © 2020 DWP SOLUTIONS (003058801P)